Tuesday, September 3, 2013

Aku,kamu dan dia : Kita tidak serupa :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Molek kiranya diri ini mengingatkan bahawa post ini perlu dibaca dengan fikiran terbuka..marilah sama-sama memperbaiki diri..


Hati kadangkala terusik atau tersinggung, walau dengan sekecil2 perbuatan..kenapa?

Kerana perkara atau masalah yang kita anggap kecil, mungkin besar maknanya pada orang lain..kita tidak serupa..

Kita menuntut orang lain supaya mendapat benda yang sama dengan kita, tidak boleh lebih dari kita..kenapa?

Kerana kita sudah meletakkan satu penanda dalam hati kita tanpa kita sedari, seperti:
"Aku lebih pandai dari dia"
"Aku lebih kaya dari dia"
"Aku lebih hensem/cantik dari dia"

Jadi, apabila orang mendapat rezeki yang lebih dari kita, kita seperti tak boleh terima..kita ingin menjadi seperti mereka..persaingan ini bagus, jika orang seperti ini bersaing secara positif..bukan negatif..

Berusaha memperbaiki diri, bukan berusaha menjatuhkan orang lain..

Kenapa perlu menjadi seperti orang lain, meniru segala-galanya, sedangkan kita tidak serupa? Kita ada kelebihan masing2..

Bayangkan jika semua orang di dalam dunia ini kaya..atau miskin semuanya..apa akan berlaku?

Dapat bayangkan? Apa akan berlaku agaknya?


Tiada kelainan, tiada perbezaan, tiada pilihan, dan mungkin akan tiada motivasi untuk berubah kepada yang lebih baik..

Kenapa perlu cemburu dengan rezeki orang lain, sedangkan rezeki kita belum sampai masanya untuk kita terima? Kita tidak serupa..

Dalam hidup ini, kita berjumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis manusia..pelbagai ragam..pelbagai masalah..

Jika kita meluahkan masalah kita pada orang, tidak semua akan faham, sekiranya mereka tidak pernah mengalami..mereka boleh mendengar dan memberi nasihat, tapi utk memahami, mungkin susah sedikit..kerana kita tidak serupa..

Jadi kita tidak boleh salahkan orang yang kita nasihati sekiranya dia tidak mengikut nasihat kita..hati dan perasaan memang sesuatu yg susah digambarkan..

Mulut kata lain, hati kata lain..

Satu masa, jika kita berada di tempat mereka, adakah kita pasti kita akan melakukan seperti nasihat yang kita beri?

Mungkin ya, mungkin tidak..

Bercakap tanpa mengalami dan bercakap sesudah mengalami adalah dua perkara yang berbeza..

Senang untuk kita menilai orang, komen itu ini..cuba kita berada di tempat mereka..

Apa agaknya rasa?
Kuatkah kita untuk bertahan?
Jangan menilai..
Cakap memang mudah..cuba buat?

Ingat, kita tidak serupa :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...