i'm not showing-off, i just want you to be inspired..i've my own way to motivate people..^^
Tuesday, September 3, 2013
Aku,kamu dan dia : Kita tidak serupa :)
Molek kiranya diri ini mengingatkan bahawa post ini perlu dibaca dengan fikiran terbuka..marilah sama-sama memperbaiki diri..
Hati kadangkala terusik atau tersinggung, walau dengan sekecil2 perbuatan..kenapa?
Kerana perkara atau masalah yang kita anggap kecil, mungkin besar maknanya pada orang lain..kita tidak serupa..
Kita menuntut orang lain supaya mendapat benda yang sama dengan kita, tidak boleh lebih dari kita..kenapa?
Kerana kita sudah meletakkan satu penanda dalam hati kita tanpa kita sedari, seperti:
"Aku lebih pandai dari dia"
"Aku lebih kaya dari dia"
"Aku lebih hensem/cantik dari dia"
Jadi, apabila orang mendapat rezeki yang lebih dari kita, kita seperti tak boleh terima..kita ingin menjadi seperti mereka..persaingan ini bagus, jika orang seperti ini bersaing secara positif..bukan negatif..
Berusaha memperbaiki diri, bukan berusaha menjatuhkan orang lain..
Kenapa perlu menjadi seperti orang lain, meniru segala-galanya, sedangkan kita tidak serupa? Kita ada kelebihan masing2..
Bayangkan jika semua orang di dalam dunia ini kaya..atau miskin semuanya..apa akan berlaku?
Dapat bayangkan? Apa akan berlaku agaknya?
Tiada kelainan, tiada perbezaan, tiada pilihan, dan mungkin akan tiada motivasi untuk berubah kepada yang lebih baik..
Kenapa perlu cemburu dengan rezeki orang lain, sedangkan rezeki kita belum sampai masanya untuk kita terima? Kita tidak serupa..
Dalam hidup ini, kita berjumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis manusia..pelbagai ragam..pelbagai masalah..
Jika kita meluahkan masalah kita pada orang, tidak semua akan faham, sekiranya mereka tidak pernah mengalami..mereka boleh mendengar dan memberi nasihat, tapi utk memahami, mungkin susah sedikit..kerana kita tidak serupa..
Jadi kita tidak boleh salahkan orang yang kita nasihati sekiranya dia tidak mengikut nasihat kita..hati dan perasaan memang sesuatu yg susah digambarkan..
Mulut kata lain, hati kata lain..
Satu masa, jika kita berada di tempat mereka, adakah kita pasti kita akan melakukan seperti nasihat yang kita beri?
Mungkin ya, mungkin tidak..
Bercakap tanpa mengalami dan bercakap sesudah mengalami adalah dua perkara yang berbeza..
Senang untuk kita menilai orang, komen itu ini..cuba kita berada di tempat mereka..
Apa agaknya rasa?
Kuatkah kita untuk bertahan?
Jangan menilai..
Cakap memang mudah..cuba buat?
Ingat, kita tidak serupa :)
Friday, June 7, 2013
Perfectionist?
Assalamualaikum wbt and good day to everybody ^^
I came across this article and since it tells something related to myself, i'm going to share it here~
10 ways to tell if you're perfectionist
1) you are highly conscious and hyper-critical of mistakes.
2) you aim to be the best in everything that you do, even if it is something that you're not interested in.
3) you spend copious amount of your time to perfect something even at the expense of your well-being
4) you set absolute ideas. There is only black and white, no grey.
5) you are your harshest critic. You beat yourself up over the smallest thing that goes wrong.
6) you mull over outcomes if they did not turn out as you wish.
7) you are defensive towards critism and have a fear of failure because they suggest imperfection.
8) you only care about achieving the end goal, paying no heed to the journey.
9) you have an all-or-nothing approach.
10) you are conscious of any situations that might give others the perception you are not perfect.
Hewhew..and guess what? I've all the characteristic listed above..oh my -.-'
The 'most me' is number 4 :p and it sometimes drive me crazy..just imagine if i were to ask a question, i want to hear only 'Yes' or 'No' as the answer..no 'I'm not sure'..haha
But i can still tolerate, don't worry..hee :D
Goodbye for now..exam in 2 days time
Tuesday, June 4, 2013
Mungkinlah..mungkin..
Assalamualaikum dan semoga hari anda baik2 sahaja.. :p
Harini aku memilih utk berubah angin dgn menulis dlm bahasa melayu dan mungkin akan kedengaran agak 'skema'..tp xpelah..sekali sekale..hewhew
So ape yg aku nak ckp pd ptg study week yg bosan ni? Hmm..status fb aku baru2 ni :
"Before you ASSUME, try one method called ASK.."
Betul kan..kekadang tekaan kita salah..so the best way, tanye..tp utk bertanye, memerlukan sedikit keberanian (sedikit ke? Aku rase cam banyak gak..) dan kebanyakan masa kita sama ade malas nak tanye or tak berani..maka mulalah mengaitkan keadaan sekeliling dan sebagainye lalu membuat andaian yg entah pape kekadang.. Hew
Tp bukan itu sebenarnye main point post aku ni..
Tadi masuk kali ketiga dan aku tak rasa aku boleh handle lg and i've made my final decision..
Dalam hidup ni..kita berjumpa dgn ramai org..ade yg jd kawan baik, pasangan dan ade sekadar kenalan yg mengisi ruang episod kehidupan kita..
Tiba masa mereka datang, sampai masa mereka pergi..
Memang begitu lumrahnya..
Dan kadang2 mereka hadir bersebab..mungkin mereka perlu dibantu, tiba masa mereka pergi, dan kita perlu merelakan pemergian itu, walaupun sakit..
Terima hakikat yg mereka sekadar singgah dan kita tak dianggap penting dlm hidup mereka..
Mungkinlah..
Anggap saja ini ujian dari Allah..
Berdoa sahaja utk yg terbaik..
Sakit hati memang terasa kerana kita manusia yg punyai hati, bukan robot tanpa jiwa..
Sedikit sebanyak hati pasti memberontak..
Mungkinlah..
Mungkin..
Tuesday, January 29, 2013
Patience
Tuesday, July 10, 2012
Kita Tak Perasan
haha..actually today insyaAllah, is my last night in USM for 1st year..
roomate sementara ku, nisa, dah pulang ke pangkuan keluarga pukul 3 lebih tadi meninggalkan aku kebosanan sorang2 kat dalam bilik dan seperti biaselah, kalo aku kebosanan, selain main game, aku akan blogging ^^
seperti yang kita semua sedia maklum, tak semua yg kita rancang, akan jadi..tak semua yg kita nak, akan kita dapat dalam hidup ini..itu semua tertakluk pada Yang Maha Kuasa..kita sebagai hambaNya, hanya mampu merancang dan berdoa..
ada hikmahnya Allah letak kita dalam sesuatu situasi itu..mungkin Allah ingin menjadikan kita kuat..kita yang memilih untuk memandang masalah yang datang, iaitu sebagai bebanan atau cabaran..
kadang-kadang, dalam sesetengah situasi, terutama yang buruk, kita akan kalut, rase down, tak bersemangat..tapi pernahkah kita terfikir, mungkin itu semua berpunca daripada kita? mungkin kita tak perasan..mungkin kita tak ingat..mungkin kita tak sedar..
mungkin, suatu ketika dahulu, kita pernah menyebabkan orang lain berada dalam situasi kita..jadi sekarang giliran kita pula untuk merasa derita tersebut..hidup ini umpama roda..karma..kita tidak boleh salahkan sesiapa..
mungkin dulu kita ada berkata sesuatu yang menyinggung perasaan..
mungkin dulu kita tersalah perbuatan..
mungkin itu..
mungkin ini..
terlalu banyak kemungkinan..
tapi, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang..
sebelum salahkan orang lain, pastikan kita betul dulu..
baru boleh salahkan orang lain..
kita ni manusia..tiada yang sempurna pun..
semua orang ada kelebihan dan kekurangannya..
setiap orang tak sama..
jadi kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain..
lain orang, lain caranya..
lain orang, lain masalahnya..
lain orang, lain penyelesaiannya..
apa yang penting, kalau terlibat dalam masalah, fikir dahulu..
jangan terbawa oleh perasaan..
sesal dahulu pendapatan..
sesal kemudian tiada gunanya..
alert dengan perasaan orang sekeliling..
mungkin jika sekali dua mereka masih boleh menganggap ia sebagai gurauan..
tapi jika dah selalu, itu bukan gurauan..
manusia mempunyai hati..hati setiap orang tak sama..
ada hati batu, ada hati kaca.. (ehh?)
akhir kata, fikir dahulu sebelum berkata dan membuat sesuatu keputusan supaya tak menyesal..
sekian :)
Sunday, July 8, 2012
Cinta milik Allah
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca :D
cinta itu milik Allah..bukan milik kita..setiap perpisahan yg berlaku tidak sia-sia kerana pasti ada hikmahnya..tidak perlu bersedih lama kerana cinta itu milik Allah..
mungkin hari ini Allah tarik rasa cinta dari dalam diri dia sehingga tawar hatinya..tetapi mungkin esok lusa Allah akan beri rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yg setepatnya untuk kita..
mungkin semalam kita berjalan dengan tidak berhati-hati dan tidak cermat..untuk hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar, "waspadalah, jangan terpijak atau memijak onak dan duri.."
akhir kata,
jangan kutip lagi serpihan kaca kerana kamu hanya akan melukakan diri sendiri..
bersabarlah sehingga kamu temukan permata..
disunting dari sini
post ini untuk renungan diri sendiri..tiada kene mengena dengan yg hidup dan mati.. :)
sekian..
Tuesday, July 3, 2012
Setitip Kata Buat Renungan #6
"just because we don't talk doesn't mean i don't think of you..i'm just trying to distance myself because i know i can't have you.."so sad :(
k bye~
Monday, July 2, 2012
Mencari Teman
sekian
Wednesday, June 6, 2012
Clash sebab nak fokus belajar?
hmm..lame dah tak menulis..berhabuk dah blog aku..haha..al maklumlah..aku kan busy kalah PM..lol..11 jun ni start exam..paper killer gak yg pertame-->modern physics..subjek tu pada aku tak susah, tp soklan die yg susah..wakaka..suke2 aku je kan..hurmm..aku terase nak buat sedikit ulasan pagi ni..so mane lagi tempat yg dituju? mestilah blog aku yg tercinte..haha.. XD
![]() |
gambar yg memotivasikan aku akhir2 ini..ehem |
" aku tak boleh terime la orang kate die nak clash sebab die nak fokus belajar..habis nanti dah kahwin? nak cerai sebab nak fokus kerja?"what do you all think? haha..sentap? mesti sebab korang pernah buat kan? wakaka XD..aku bukan suruh korang couple mase belajar..kalo nak fokus, patutnye dari mule lagi korang tak couple2 ni..then lepas tu dah bosan, mintak clash..alasan: nak fokus belajar..euww..apakah? kalau korang fokus dr mule, takdelah korang couple kan..lepas tu clash..lepas tu sakit hati..lepas tu simpan dendam..lepas tu putus kawan..bla bla bla..well, it's happening now..my own experience..
dah taw couple tu haram sebab menghampiri zina, dok seronok2 buat lagi..lepas tu agak2 dah bosan, mintak putus..yup..i admit that there's no such thing as 'bercinta sebelum kahwin'..aku bukan nak berlagak baik..aku bercakap atas dasar pengalaman aku sendiri..ingat senang nak bangun dari sesuatu perpisahan tu senang? tak..terutame bile kita ditinggalkan, bukan meninggalkan..alang dalam perkahwinan pun boleh berlaku penceraian, ape lagi dalam couple2 ni kan..
lagi2 kalau aku ditinggalkan, ego aku tercabar..mesti aku tertanye2..teruk sangat ke aku..mungkin aku akan anggap itu satu penghinaan..ya..mungkin..aku agak kejam mungkin dalam menghukum seseorang yg membuat huru hara dalam hidup aku..tapi ape nak buat, aku nak bangun..dan mungkin cara aku agak ekstrem..ya..tapi aku tak nak hidup dalam kehidupan aku yang dah sedia sedih ni..haha..
berbalik kpd topik tadi, clash sebab nak fokus belajar..aku andaikan orang sebegini die baru dapat hidayah kot..tapi tu pun kalo die memang betul2 clash sebab nak fokus belajar, dan dah tak couple dgn org lain lagi..kalo die ckp cmtu, tibe2 tgk2 die dgn perempuan/lelaki lain, come-on..it's a rubbish..takde alasan lain ke nak bg mase nak mintak clash? you hurt someone now, you'll be hurt in the future..hidup ini seperti roda..
kesimpulannye kat sini, penjelasan tu penting dalam setiap ape yg korang lakukan..kalau nak clash, ckp sebab ape..sebab sesetengah orang cam aku, aku pegang pada kata2 orang..cam aku, kalo orang tak jelaskan, aku akan buat tanggapan sendiri..dan tanggapan aku selalu negatif..aku bukan pesimistik, tetapi aku tak suka berangan kosong..haha..lebih baik aku down, dari membine istana khayalan di awangan..fuii ayat..wakaka..hmm..tu lah aku nak cakap..nasihat aku, tak payah bercinte mase belaja ni..masalah je..lagipun kite perlukan redha Allah dalam kehidupan seharian kita..kalau Allah tak redha, camne? #pengalaman mengajar aku..ayat itu nampak kejam, tapi nak buat camne, aku memang kejam..kau ade? -_-
sekian :)
Monday, May 14, 2012
Jangan Pernah Menyesal
![]() |
gambar hiasan |
jangan pernah menyesal di atas ape yg terjadi..tetapi terime n bergerak ke hadapan..
baiklah..mungkin ade di antara kite yg lahir dlm keluarga yg baik latar belakang agamanya..mungkin ada yg cukup2 sahaja latar belakang agama..dan ada yg langsung tiada..
mungkin pernah terdetik paling kurang sekali dalam hati kita..::::
kenapa aku tidak dilahirkan dalam keluarga yg kuat agama itu? kenapa ya Allah? alangkah beruntungnya..
apa perasaan ibu dan ayah kita yg bersusah payah membesarkan kita apabila mendengar bahawa anaknya berharap yg dia dilahirkan dalam keluarga lain?
setiap manusia ada kekurangan..jangan terlalu menuntut kesempurnaan..percayalah..hati kita tidak akan pernah puas..hiduplah dengan cara yg kita mampu, sederhana, tetapi masih mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan-Nya..
sekali lagi..ingatlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
sudah menjadi lumrah manusia..manusia tidak akan puas dengan apa yg mereka miliki sekarang..ada sebab Allah memberi kita keluarga yg begitu..jika kita tidak redha, sentiasa memikirkan apa yg kita tak dapat, bagaimana sifat bersyukur akan lahir? berkatkah hidup kita apabila kita tidak redha dengan ketentuan Allah?
jadikan apa yg kurang sebagai titik tolak untuk kita berubah ke arah kebaikan..jika kita melihat kekurangan dalam keluarga kita sekarang, apa kata kita mengubah apa yg kurang apabila kita sudah berkeluarga nanti?
setiap yg berlaku ada hikmahnya..Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.. :)
sekian...
Friday, April 27, 2012
Dalam Hidup Ini
Sunday, April 22, 2012
Cerita Antara Kita
di antara waktu itu,
ada cerita antara kita..
saat tertawa..
saat berduka..
walaupun semua itu berlalu pergi,
ingatlah..
ia pernah abadi..
-dipetik daripada novel 'Cerita Antara Kita'
Wednesday, April 18, 2012
Setitip Kata Buat Renungan #5
err =_=
"Every tear is precious. If it falls, let it fall for the right reason.."
Sunday, April 15, 2012
Hati Ibu
dalam kesuraman waktu petang di usm yang indah ini, tibe2 aku terpanggil untuk membincangkan hal ini..*mulelah ayat merepek aku*
hati ibu..
kadang2 kita tak perasan yang pertuturan kita, perlakuan kita, atau ape sahaje yg kita lakukan memberi kesan di dalam hati seorang ibu..
pernahkah kita terfikir? dalam kita memenuhi kehendak hati kita, kita mungkin menyinggung hati ibu?
pernahkah?
ternyata konsep "kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak" kelihatan benar..
untuk memenuhi kehendak diri, hati ibu diguris..
berbaloikah?
berkatkah?
baru2 ini berlakunya satu peristiwa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan di sini..
mana tahu boleh dibuat pedoman oleh pembaca sekalian..
saya mempunyai seorang kawan..kawan lelaki (A)..dan tak lama lagi cuti pertengahan semester di universiti akan tiba..beliau mempunyai seseorang yang boleh dikatakan kekasih(B)..B terasa tidak mahu pulang ke kampung halamannya dahulu kerana terpaksa menyelesaikan kerja yang menimbun2..budak sains..macam ni lah gayenye..A terase kesian kat B sebab ramai pelajar yg pulang pada cuti ini..lalu dia memutuskan untuk memberitahu ibunya
Friday, February 10, 2012
Setitip Kata Buat Renungan #4
" jika benar Kau pilih aku utk menghadapi dugaan ini, aku redha Ya Allah..aku terima kerana sesungguhnya Kau takkan timpakan sesuatu yg berada di luar kemampuan aku..aku boleh hadapinya..bantulah aku Ya Allah..Aminn.."sekian..
Wednesday, February 8, 2012
Renang?
renang? asal tetibe dok ckp pasal renang ni? hmm..camni..ade member aku ajak ambik ko-k renang..tak nak aku..wuu..malu3..walaupun ade baju renang muslimah..err..aku setuju dgn pendapat Mr K pasal baju renang muslimah..there's no such thing as baju renang muslimah..tgk la gambarnye..still ketat..nmpk kot bentuk badan..wuu..
bukan bermaksud tak boleh berenang kat tempat awam..tgk la keadaannye..kalo korang namenye perempuan dan pergi ke tempat yg takde lelaki, boleh je mandi..seronok kot mandi mande kat pantai..air terjun..tapi kalo dah name ambik ko-k renang, sure2 kene berenang depan orang..ohh tidak..aku tak nak..
aku fobia sikit nak buat bende2 yg tak biase aku buat kat tempat umum ni..kalo dah lencun, mesti nampak bende2 yg tak sepatutnye..pakai baju longgar pun, bile basah, melekat gak kat badan..huu..bende ni mengingatkan aku kat suatu peristiwe yg aku sendiri alami..
ape yg aku nak tekankan kat sini, mungkin pade korang takde mate yg akan memandang korang..takkan ade mate yg memandang ape yg korang buat selain Allah..tp sebenarnye ade..korang mungkin tak tahu..korang mungkin tak perasan..
dalam situasi renang tu, bile dah berenang seronok2, lelaki pandang, tahu marah..sape suruh korang buat ape yg buat org pandang korang kan? ish2..beringat2 ye kawan..ini pun peringatan utk sy jugak..peace no war :)
jagelah diri anda..terutamenye bg perempuan..kesian kat suami korang..wuu~
sekian..
Monday, February 6, 2012
Setitip Kata Buat Renungan #3
kate2 yg seterusnye ni aku selalu gune mase form 5 dulu..
"it's not the matter of forgetting or regretting the past..it's the matter of accepting and moving on in life.."so kalo ade pape bende yg menimpe korang yg korang tak berape nak gemar, ingatlah kate2 ini..hee..mmg ssh nk memulakan langkah baru, tp bile da beberape langkah, senang jadinye..insyaAllah.. :)
Setitip Kata Buat Renungan #2
ade org pernah bg kat aku ayat ni mase kat samura dulu..masih segar dlm ingatan aku sampai sekarang..
"let bygone be bygone and take it as an advantage for the future.."aku igt..die bagi sebab nak naikkan semangat aku..sebab aku tension dengan beberape hal..itu dan ini..hahaha..terime kasih kawan..lame dah tak contact ko sejak keluar samura sampai sekarang..lost contact da..
sekian..