Tuesday, August 23, 2011

Reunion The Family of GigiH

credit to owyeah for the banner :)
assalamualaikum dan salam sejahtera~

akhirnya, reunion yang telah lame dirancang ini, selamat diadakan..jutaan terima kasih kepada project manager reunion ini, Zulqarnain Wahid a.k.a Owyeah kerana reunion ini dapat diadakan dengan jayenye.. ( skemanye ayat aku..huhu)

checkpoint pertama adalah di sekolah tercinta a.k.a samura..dapat jumpe cikgu chemistry yg comel, teacher ammy..bergambar jela banyak kat sini..

addy, peah, ateng, ell, lin
'giliran outing' tu tulisan aku..sampai skrg ade lg..aku tulis mase 2009..skrg da 2011..*bangge jap* haha
lepas tu bertolak gi mann chalet..berehat, berbual kosong sambil menunggu waktu buka~

malam aktiviti dikelolakan oleh aku dan owyeah..

kad jemputan a.k.a kad aktiviti buatan aku..ni design 1..
ni design 2..ade gak yang dapat ni..
ni kerja tgn lg sorg ajk, ell..sume dapat..
malam majoriti tidur lambat termasuk aku..mane tak nye..jumpe kawan lame..banyak la cerite kan..ahaha..sok paginye, bergambar lagi sebelum balik..

the family of gigih
semoga kami berjaya menggapai cita2 :)
hmm..itulah serbe sedikit tentang reunion ni..tak dapat buat lame sebab ramai yg ade komitmen..jutaan terima kasih drpd ajk reunion, (owyeah, aku n ell)  kpd semue yg dtg reunion kali ni..jase korang amat dihargai kerana bersame memeriahkan majlis..sehingga kita berjumpa lagi.. :)

p/s : ingat..reunion seterusnya loloq sponsor..haha :P

SeMuA TenTanG KiTa

28 wonders of 5 GiGiH 2009



kalau JONG tak bergimnastik
kalau WAWA tak berpantun selamanya
kalau NIECA tak bercerita satu hari
kalau PIPAH tak psycho orang satu hari
kalau ATENG tak blur time add math
kalau OWYEAH tak poyo satu hari
kalau NADIA tak tengok kalendar dan countdown balik
kalau AISHAH tak 'inertia' satu hari
kalau ADDY tak usha orang tidur
kalau ZENO tak nyanyi satu hari
kalau NAQIAH tak bersuara satu hari
kalau IZATI tak mengigau cristiano ronaldo
kalau EPUL tak lekat kat meja
kalau DOWNUT tak mereng satu hari
kalau PAKMA tak pakai songkok
kalau LAICI tak gelak pembunuh
kalau LOLOQ senang dicari
kalau TAQI tak tinggi sangat
kalau AINA tak kena kacau
kalau BELLA tak obses kad outing
kalau MIRA tak diet satu hari
kalau SABBY tak kena 'aim' "sabariah..!"
kalau ELL tak ukur meja
kalau LIN tak gosip satu hari
kalau IQA tak melayan sabby lagi
kalau PEAH tak maintain 'hot'
kalau YUDI tak jadi askar
kalau YUNA tak ceria selalu

tak jadila 5 gigih 2009
semuanya ada di sini
ucapan buat kita
hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan jiwa tenang
menyerahlah untuk MENANG!

hasil nukilan: addy, naqiah, lin, pipah, zeno

p/s : korang ingat lagi tak benda ni? aku terjumpa mase kemas meja :)



Friday, August 12, 2011

Hati Kita

assalamualaikum dan salam sejahtera~

saya bukan ingin membincangkan mengenai hati ini--> organ penting dalam badan manusia ~ kerana saya tidak bercadang untuk menulis jurnal perubatan..

saya ingin membawa anda semua menyelami hati yang berkaitan dengan perasaan anda..hati yang kadang2 bertindak mengawal emosi anda..dan kadang kala turut mengawal otak anda..

tentu hati kita semua pernah merasa tidak senang..mungkin tidak senang dengan kegembiraan orang lain..kejayaan orang lain..atau pun tidak senang apabila menghadapi kegagalan..itu semua lumrah kehidupan..kita tidak akan mendapat semua yang kita mahu dalam hidup ini..

tapi..

mulut boleh bercakap apa sahaja..tetapi hatilah yang menanggung segalanya..
mulut kata tidak kisah..tapi hati?
mulut kata tidak apa..tapi hati?
mulut kata lupakan..tapi hati?

apa yang harus kita lakukan untuk pastikan hati kita tenang?
ada beberapa cara yang ingin saya kongsikan..berdasarkan pengalaman saya sendiri..
latih hati kita untuk membuat perkara di bawah :::

1. jangan pernah merasa diri anda lebih baik dari orang lain. walaupun mungkin anda lebih cantik/hensem/pandai/kaya dan lain2 dari kawan anda, tetapi ingat! setiap manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini berbeza..setiap orang mempunyai kelebihan masing2..kelemahan masing2..mengapa kita tidak boleh merasa sedemikian? itu akan menjadikan anda lebih 'down' pada masa2 tertentu..

contoh 1 : anda paling pandai dalam kalangan rakan2 anda..keputusan peperiksaan diumumkan..seorang rakan anda mendapat keputusan yang lebih baik dari anda..

contoh 2 : anda paling cantik/hensem dalam kalangan rakan2 anda..sedang anda berjalan2 di bandar, datang seorang manusia menyapa rakan anda dan ingin berkenalan dengannya..

maaf la jika contoh itu merepek2 sedikit..tapi itulah contoh yang senang untuk kita renung2kan..jika dalam contoh di atas kita berasa kita lebih baik dari rakan2 kita yang lain, apakah perasaan kita pada waktu itu? kecewa? sedih? marah? lihat..emosi anda akan terganggu..mungkin sampai putus persahabatan dengan rakan anda itu..

kesimpulan : jangan pernah rasa diri kita lebih bagus dari orang lain..nikmat yang kita peroleh pada saat ini semua milik Allah..bila2 boleh ditarik balik..

2. dengar dan terima nasihat semua orang tanpa mengira pangkat dan umur..ini memang agak susah..kadang2 kita akan rasa diri kita teruk sangat semasa kita dinasihati..itu biasa..manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..percaya atau tidak, apabila anda menerima nasihat atau dalam kata lain, mengakui kebenaran nasihat tersebut, hati anda akan lebih tenang..

kebenaran merupakan antara perkara yang kadang kala susah untuk diterima..kerana kadang2 ianya menyakitkan..memang lumrah apabila kita memerlukan sedikit masa untuk menerima kebenaran itu, tetapi jangan pula lari darinya..jika anda lari, hati anda akan terus mempersoalkan itu ini, dan anda susah untuk berasa tenang..

3. jangan persoalkan mengapa kita tidak dapat sesuatu..kita boleh mempersoalkan untuk mencari kekurangan diri, bukan mempersoalkan untuk mencari kekurangan orang lain..mungkin ada sebab kita tidak dapat itu..mungkin ada sebab kita tidak dapat ini..bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa ini..itu akan membuat kita lebih menghargai hidup..

4.sentiasa percaya pada potensi diri..jika kita tidak percaya pada diri kita sendiri, siapa lagi? katakan kita boleh! diri kita mempunyai potensi yang hebat..jika kita tidak percaya pada potensi tersebut, bagaimana potensi tersebut ingin diserlahkan? jika kita tidak menyerlahkan potensi diri kita, bagaimana kita ingin mengenal diri kita? jika kita tidak mengenal diri kita, bagaimana kita ingin mengenal diri orang lain? dan jangan lupa untuk terima diri kita seadanya..

5. yang berlalu usah dikenang lagi..yang sudah terjadi tetap terjadi..tidak ada apa pun yang boleh mengubah perkara yang sudah terjadi..lihat ke hadapan..dan maju..jika kita sentiasa dibelenggu kekalahan silam, kita tidak akan berjaya di masa hadapan..kerana jika kita sentiasa dibayangi kegagalan yang lepas, kita akan berasa takut untuk melakukan perkara2 tertentu..bagaimana kita akan berjaya jika tidak mahu keluar dari kepompong kekalahan itu?

6. jangan takutkan perkara yang belum dialami..ini sangat penting..kerana jika anda takut, 'mindset' anda  boleh lari dari tujuan asal..manusia takutkan kegelapan kerana kita tidak pasti apa yang ada di sebalik kegelapan itu..disebabkan kita takut akan kegelapan itu, kita mengambil keputusan untuk diam sahaja di satu tempat..tidak bergerak ke mana2..kerana takut tersilap langkah..hasilnya, mungkin selamanya kita berada dalam kegelapan itu..

jadi..selagi kita tidak mengalami sesuatu perkara itu, jangan berfikir terlalu banyak tentangnya kerana kita hanya akan membuat banyak andaian..andaian yang mungkin meleset dari perkara sebenar..

kesimpulannya, sayangilah hati dan diri anda.. :)
saya sekadar berkongsi pengalaman ^^
panorama di suatu petang di kmj..-sekadar hiasan


p/s : saje try tulis bahasa melayu baku mcm buat karangan..dah lame tggl..terabur x ayt? hehe

New Zealand?

assalamualaikum and a good day to all of you..
on 10th august around 9.59 am in the morning, i received a phone call from MARA..
i was quite shocked at the beginning because i didn't applied any MARA scholarship..
they asked me whether i'm interested in pursuing my studies in new zealand..
pure physics course..
that is what i wanted..
studying abroad!
i've been waiting for this moment all this while..
but i have to turn down this offer..
because my parent, especially my mother,
wouldn't allow me to go abroad..huhu..
poor me..hmm..never mind..
if i can't go there to do my degree, i'll go there for master..
can, right?
haha..struggle to achieve your dream! ^^

Saturday, August 6, 2011

ESU Petronas Xplorers Nite Out @ Petrosains 2008

assalamualaikum dan salam sejahtera :)

di waktu petang yang bosan ni, sementare menunggu lebih kurang 5 jam lagi untuk berbuke puase, aku kemas2 sikit rak buku aku ni..sekali terjumpe lak buku nota mase aku form 5..mak ak pun kate bilik aku boleh jadi muzium..tak pun arkib negare..bukan sebab aku tak kemas bilik, tapi sebab ade barang2 cam buku yang da lame dan tak bergune lagi, tapi aku tak nak buang..haizz..banyak lak tapi2..

selak punye selak..*aku ni suke mengimbau kenangan lame..hehe* terjumpe plak satu bahagian ni..aku punye catatan mase join salah satu kem yang dianjurkan petronas untuk scholar die..terjumpe lak gambar2 yang ditangkap mase kat kem tu..jadi..disebabkan aku agak bosan ni, marilah aku ceritekan serbe sedikit tentang kem ni..name kem ini seperti yang tertera di atas k..haha..

ok2..dan perjalanan kini bermule..
nametag..besar tak besar..haha


26 mei 2008/ isnin
pendaftaran kat lobi petrosains, suria klcc..dah le aku sorang je dari samura..agak blur gak sebab sorang2 ni..tapi tak sampai bape minit aku da dapat kawan baru..dari kelantan, terengganu..kedah pun ade..wahh..ramai orang utare seyh..

aktiviti hari pertame ni sekitar suria klcc je..mule2 dorang bahagikan peserte ikut group..pastu dorang bawa jalan2 dalam petrosains, ade explorace, lepas tu petang main game perang kat taman klcc yang bawah tu..haa..tepung, air kolam tepi 2..sume melekat kat baju..memang seronok gile la..malam pule ade aktiviti pasal petroleum..yele..syarikat minyak kan..tibe2 camne tah aku dipilih untuk mewakili group aku dalam kuiz..dah le dengan tak prepare ape2..tapi takpe..asal menang..haha..
ni group aku..sound group..haha
macam2 la aktiviti waktu malam ni..kene buat model pelantar, lepastu kene uji model tu tenggelam ke tak bile dimasukkan dalam air..yeah2..group aku punye tak tenggelam..sume ade bakat jadi engineer ni..haha..ade kene buat lagu bertemakan sains..group aku, aku sorang je dari selatan..yang lain sume utare..susah kot nak paham ape yg dorang cakap mule2..tapi start ari kedue aku pun da start cakap utare da..haha..
fasi2..

27 mei 2008/ selasa
harini barulah keluar dari petrosains..eh..lupe nak cakap..peserte kem ni ade 52 orang..tapi naik 3 bas..seronok tak? due seat, sorang duduk..haha..tempat pertame yang kiteorang lawat yelah institut penyelidikan tenage solar,SERI,UKM..lepastu kiteorang melawat pulak Agensi Nuklear Bangi..masuk la tengok plant die..wahh..menarik gak nuklear ni kan..dalam waktu petang camtu, bertolak ke kampung kelip2 kuala selangor..
kat kampung kelip2

best gile..makan malam..disebabkan aku agak lambat pergi ke dewan makan di atas sebab2 tertentu dengan lagi sorang member aku, meja lain da penuh mase kiteorang tibe..jadi..kiteorang diajak duduk bersame dgn orang besar petronas..pehh..makan satu meja ngan dorg? aku duk sebelah Cik Norman Tukiran, Pengurus Pra Universiti dan minor,ESU..takut gak mule2..tapi lepas tu berbual je cam biase..hehe..
ni group ape ekh..tak ingat pule..
malam tu naik bot tengok kelip2..yang aku tak boleh lupe, group aku naik bot ni dgn sekumpulan pelancong jepun..orang jepun ni berbual la dgn kelompok die..yang budak2 ni boleh pulak nganjing dorang cakap laju..haizz..sempat lagi..malam tu tidur dgn nyenyaknye kerane penat yang teramat..tu le..sape suruh hyper2 sangat..

28 mei 2008 / rabu
kami bertolak pulang ke klcc..ade career talk..lepastu majlis penutup..makan kat floor brape tah kat klcc tu..tempat pekerje2 petronas makan..dapat gak tengok gaye2 engineer2 ni..mesti seronok kan kalo dapat jadi salah sorang dari mereka..huhu..sebelum balik, kami dibawe ke skybridge petronas twin tower 2..agak gayat gak mule2..tapi seronok..hehe..
skybridge :)
dalam 5 petang gitu, bersurai..overall, kem ni memang best..dapat jumpe ramai kawan baru, pengetahuan baru.. :)

Thursday, August 4, 2011

Kisah Pokok Epal :)

assalamualaikum dan salam sejahtera :)

jika ada di antara kamu semue (perempuan) berase sedih kerane takde pakwe, mungkin kisah ini akan menyedarkan anda betapa istimewanye anda.. :)

kisah pokok epal :)
sape2 yang agak2 tak boleh bace tu,, sebenanye die cakap ni:::

"girls are like apples on trees.
 the best one are at the top of the tree.
 the boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.
 instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good, but easy. 
so the apples on the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing. 
they just have to wait for the right boy to come along, 
those who are brave enough to climb all the way to the top of the tree.."

lagi satu kisah yang boleh dijadikan renungan..

seorang lelaki British datang kepade seorang Muslim dan bertanye,
"kenape wanita Islam tidak dibenarkan berjabat tangan lelaki?"
Muslim itu bertanye kembali,
"bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?"
lelaki itu menjawab,
"sudah tentu tidak, hanye orang tertentu sahaje dibenarkan untuk bersalam dengan Queen Elizabeth.."
Muslim itu tersenyum lalu berkate,
"wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalaman dengan lelaki asing.. "

see? :)

konklusinye..tak payah la nak rase susah hati takde pakwe menemani..patutnye anda rase bangge! insyaAllah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknye.. ^^


Tuesday, August 2, 2011

Gaya Belajar

assalamualaikum dan salam sejahtera semue~

hmm..nmpknye tinggal lebih kurang sebulan je lg sebelum kite masuk uni..ni bg yg seusie dan sewaktu dgn ak la kan..haha..utk post kali ini, ak bkn nk kongsi gaye belajar ak yg pelik itu, tetapi nak kongsikan beberape jenis gaye belajar yg wujud di dunie yg fana ini..

baik..mari kite mulekan..arini ak akn kongsi 3 jenis gaye belajar yg utame..

1) visual
- sangat sensitif kpd pemandangan sekitar ( cantik, kemas, kotor)
- mudah ingat sesuatu situasi dgn baik dlm bentuk gambar
- tidak suke berbual dlm jangka mase yg panjang
- selalu gune perkataan 'lihat, gambarkan, bayangkan" dlm perbualan
- lebih suke face-to-face dgn orang
- mungkin terlupa name org, tetapi mengingati rupenye
- suka menonton tv, bersiar-siar di tepi laut atau menonton perlawanan sukan
- menggambarkan dlm fikiran tentang jln cerita atau situasi bahan yg dibace
- ketike mengeja, suke membayangkan perkataan, benda dan bentuknye
- suka merujuk ilustrasi, gambar rajah dan carta alir ketika membuat sesuatu perkara yg baru
- melihat manual, gambar dan membaca arahan ketika memasang benda
- apabila mentafsir mood seseorang, akn melihat muka org tersebut
- suka melukis
- suka rancangan tv berunsur fiksyen
- suka menunjuk objek atau ilustrasi ketika mengajar

--->care belajar golongan visual
  - menonton slide, carta atau video
  - membayangkan sesuatu peristiwa
  - membuat peta minda/konsep

2) lisan (auditory)
- mudah tertarik dgn bunyi sekeliling
- mengingati sesuatu situasi dgn baik dlm bentuk bunyi atau suare
- sangat suka berbual
- suka menggunakan perkataan 'kata, dengar, nada" dlm perbualan
- lebih selesa berbincang dgn seseorg melalui telefon
- mungkin terlupa name org, tetapi ingat apa yg pernah dibualkan
- suka mendengar radio, bermain alat muzik, membaca atau berbual dgn rakan
- suka bahan yg membolehkan kita berdialog dgn teks yg dibace
- menyebut dgn kuat dan satu persatu bunyi perkataan ketika mengeja
- sukakan arahan lisan atau bertulis ketika membuat sesuatu
- suka membace atau bercakap dgn seseorg sambil bekerja
- mentafsir mood org dgn mendgr suarenye
- suka menyanyi
- sukakan subjek bahasa/agama
- sukakan rancangan tv berbentuk forum
- suka memberitahu ketika mengajar

 ---> care belajar golongan lisan
  - mendengar penerangan
  - mewujudkan perbualan tentang sesuatu topik
  - belajar secare berkumpulan

3) kinestetik (ini saye..hehe)
- mudah tertarik dgn pergerakan aktiviti di sekitar
- mengingati sesuatu peristiwe dgn baik dlm bentuk pergerakan aktiviti
- suka menggunakan badan dan tangan (gestures) ketika berbual
- menggunakan perkataan 'rasa, pegang, sentuh' ketika berbual
- lebih suka bergerak gerak atau berjalan jalan ketika berinteraksi dgn seseorang
- mungkin terlupa name org, tetapi mengingati ape yg pernah dilakukan bersame
- suka bersukan, berkebun atau membuat sesuatu
- suka bahan berbentuk aksi
- suka menulis perkataan apabila mengeja
- suka mencuba sendiri apabila melakukan perkara baru
- mengabaikan arahan/ panduan dan mencuba sendiri ketika memasang benda
- memerhati bahasa badan apabila mentafsir mood seseorg
- suka menari atau berlakon
- sukakan subjek pendidikan jasmani atau kemahiran hidup
- meminati rancangan sukan
- suka melakukan demonstarsi ketika mengajar

 ---> care belajar golongan kinestetik
  - menggunakan pen/highlighter untuk menconteng teks
  - mencatat nota penting
  - selalu memegang pen kerana sentiase ade perkare utk dicatat

macam mane nak tahu korg punye gaye belajar? bace 3 jenis gaye belajar di atas ni, pastu kenal pasti (pehh..ayt buku..haha) gaye belajar mane yg mempunyai kebanyakan sifat dan sikap korg..mcm ak, ak kinestetik..budak x reti duk diam, cmni la..haha

tapi purate manusie ade lebih dari satu gaye belajar..ikut keadaan kan org kate..yg penting, gaye belajar kite ni mesti sesuai dgn diri kite..x perlu terikut2 dgn org sgt..kerane die lain, kite lain..kalau gaye belajar tu x serasi dgn kite, x berbaloi la kan..contoh cam roomate kite ade yg stay up malam belaja..kite plak x suke stay up ni..kalo da ngantuk tu, tidur jela kn..haa..jd..ikut keselesaan masing2..asal jgn la x belaja langsung..itu memang cari penyakit..haha

post ini sebagai panduan je k..sharing is caring.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...