saya bukan ingin membincangkan mengenai hati ini--> organ penting dalam badan manusia ~ kerana saya tidak bercadang untuk menulis jurnal perubatan..
saya ingin membawa anda semua menyelami hati yang berkaitan dengan perasaan anda..hati yang kadang2 bertindak mengawal emosi anda..dan kadang kala turut mengawal otak anda..
tentu hati kita semua pernah merasa tidak senang..mungkin tidak senang dengan kegembiraan orang lain..kejayaan orang lain..atau pun tidak senang apabila menghadapi kegagalan..itu semua lumrah kehidupan..kita tidak akan mendapat semua yang kita mahu dalam hidup ini..
tapi..
mulut boleh bercakap apa sahaja..tetapi hatilah yang menanggung segalanya..
mulut kata tidak kisah..tapi hati?
mulut kata tidak apa..tapi hati?
mulut kata lupakan..tapi hati?
apa yang harus kita lakukan untuk pastikan hati kita tenang?
ada beberapa cara yang ingin saya kongsikan..berdasarkan pengalaman saya sendiri..
latih hati kita untuk membuat perkara di bawah :::
1. jangan pernah merasa diri anda lebih baik dari orang lain. walaupun mungkin anda lebih cantik/hensem/pandai/kaya dan lain2 dari kawan anda, tetapi ingat! setiap manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini berbeza..setiap orang mempunyai kelebihan masing2..kelemahan masing2..mengapa kita tidak boleh merasa sedemikian? itu akan menjadikan anda lebih 'down' pada masa2 tertentu..
contoh 1 : anda paling pandai dalam kalangan rakan2 anda..keputusan peperiksaan diumumkan..seorang rakan anda mendapat keputusan yang lebih baik dari anda..
contoh 2 : anda paling cantik/hensem dalam kalangan rakan2 anda..sedang anda berjalan2 di bandar, datang seorang manusia menyapa rakan anda dan ingin berkenalan dengannya..
maaf la jika contoh itu merepek2 sedikit..tapi itulah contoh yang senang untuk kita renung2kan..jika dalam contoh di atas kita berasa kita lebih baik dari rakan2 kita yang lain, apakah perasaan kita pada waktu itu? kecewa? sedih? marah? lihat..emosi anda akan terganggu..mungkin sampai putus persahabatan dengan rakan anda itu..
kesimpulan : jangan pernah rasa diri kita lebih bagus dari orang lain..nikmat yang kita peroleh pada saat ini semua milik Allah..bila2 boleh ditarik balik..
2. dengar dan terima nasihat semua orang tanpa mengira pangkat dan umur..ini memang agak susah..kadang2 kita akan rasa diri kita teruk sangat semasa kita dinasihati..itu biasa..manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..percaya atau tidak, apabila anda menerima nasihat atau dalam kata lain, mengakui kebenaran nasihat tersebut, hati anda akan lebih tenang..
kebenaran merupakan antara perkara yang kadang kala susah untuk diterima..kerana kadang2 ianya menyakitkan..memang lumrah apabila kita memerlukan sedikit masa untuk menerima kebenaran itu, tetapi jangan pula lari darinya..jika anda lari, hati anda akan terus mempersoalkan itu ini, dan anda susah untuk berasa tenang..
3. jangan persoalkan mengapa kita tidak dapat sesuatu..kita boleh mempersoalkan untuk mencari kekurangan diri, bukan mempersoalkan untuk mencari kekurangan orang lain..mungkin ada sebab kita tidak dapat itu..mungkin ada sebab kita tidak dapat ini..bersyukur dengan apa yang kita ada pada masa ini..itu akan membuat kita lebih menghargai hidup..
4.sentiasa percaya pada potensi diri..jika kita tidak percaya pada diri kita sendiri, siapa lagi? katakan kita boleh! diri kita mempunyai potensi yang hebat..jika kita tidak percaya pada potensi tersebut, bagaimana potensi tersebut ingin diserlahkan? jika kita tidak menyerlahkan potensi diri kita, bagaimana kita ingin mengenal diri kita? jika kita tidak mengenal diri kita, bagaimana kita ingin mengenal diri orang lain? dan jangan lupa untuk terima diri kita seadanya..
5. yang berlalu usah dikenang lagi..yang sudah terjadi tetap terjadi..tidak ada apa pun yang boleh mengubah perkara yang sudah terjadi..lihat ke hadapan..dan maju..jika kita sentiasa dibelenggu kekalahan silam, kita tidak akan berjaya di masa hadapan..kerana jika kita sentiasa dibayangi kegagalan yang lepas, kita akan berasa takut untuk melakukan perkara2 tertentu..bagaimana kita akan berjaya jika tidak mahu keluar dari kepompong kekalahan itu?
6. jangan takutkan perkara yang belum dialami..ini sangat penting..kerana jika anda takut, 'mindset' anda boleh lari dari tujuan asal..manusia takutkan kegelapan kerana kita tidak pasti apa yang ada di sebalik kegelapan itu..disebabkan kita takut akan kegelapan itu, kita mengambil keputusan untuk diam sahaja di satu tempat..tidak bergerak ke mana2..kerana takut tersilap langkah..hasilnya, mungkin selamanya kita berada dalam kegelapan itu..
jadi..selagi kita tidak mengalami sesuatu perkara itu, jangan berfikir terlalu banyak tentangnya kerana kita hanya akan membuat banyak andaian..andaian yang mungkin meleset dari perkara sebenar..
kesimpulannya, sayangilah hati dan diri anda.. :)
saya sekadar berkongsi pengalaman ^^
panorama di suatu petang di kmj..-sekadar hiasan |
p/s : saje try tulis bahasa melayu baku mcm buat karangan..dah lame tggl..terabur x ayt? hehe
saya nak tahu pasal hati ! <--organ penting dalam badan kite :p
ReplyDeletehehehe..iloveit !
tunggu sy jadi doktor perubatan -->x mungkin..hahahaha
ReplyDeletehahaha... :D
ReplyDeleteikutkan hati.mati. so jagalah hati.. jgn kau kotori.. lalala~~~xD
ReplyDeletedie da nyanyi daa~ hahaha
ReplyDeleteBest lagu nasyid 2..
ReplyDelete