Friday, July 15, 2011

Bersyukur ^^

assalamualaikum dan salam sejahtera~



setelah menerima beberapa panggilan telefon dan sms dari rakan2 meminta pandangan aku, nampaknya kenalah aku kongsi pendapat yg x seberapa d blog ak ni..moga2 dapatlah kita renungkan bersama..^^

spt yg kita semua tahu, hari ini result upu keluar..kpd sesiapa yg bernasib baik, dpt ap yg diidamkn, tahniah diucapkan..moga tidak leka dgn kemenangan kecil ini..sesungguhnya perjalanan baru sahaja bermula..

" kehidupan spt mengayuh basikal..jika kita alpa utk mengayuh walau sebentar, kita akn terjatuh dari basikal itu.." 

kpd sesiapa yg x bernasib baik, xdpt apa yg anda hajati, jangan berputus asa..jangan rasa kecewa..jangan rasa hidup seperti dah musnah..

" boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."-surah al baqarah-ayat 216 
ya..mungkin anda merasakan::::

>> ap ni? ak pnye result xde la teruk sgt..asal lak dpt kos ni? ni kos lelong ni!!
>> ak teruk sgt ke smpi antare 8 plihan ak, satu pn x mngene?
>> alamak..ni uni mne plak..xkn ak dpt kat pedalaman..ak xde mhn pn..
  dan lain2..~

" pasti ada hikmah di atas setiap yg berlaku..Allah mengetahui sedangkan kamu x mengetahui..^^"
" apabila Allah rindu akn hambanya, Dia akn mngirim hadiah berbentuk ujian..supaya kamu lebih dekat dgn-Nya"
mungkin, anda sdg diuji..

"jika Allah memakbulkan doamu, tandanya Dia menyayangimu.. jika Allah tidak memakbulkan doamu, Dia sdg merancang ap yg terbaik untukmu.."
mungkin..suatu hari nanti, anda akn berjaya dan berdiri d satu sudut dunia..dan berkata..

" jika aku x lalui semua ini, pasti hidupku tidak spt sekrg..Alhamdulillah.."
kita x akn nmpk hikmah atas apa yg berlaku dlm skelip mata..berfikir..dan berusahalah utk lebih mndekati Allah..

" aku menangis kerana tidak berkasut sehingga aku melihat orang tidak berkaki.."
bibir mungkin boleh mengucapkan perkataan 'sabar', tapi hatilah yg menanggung segalanya..sesungguhnya, agak sukar untuk menjadi org yg bersabar, tapi lebih sukar untuk menjadi orang yg bersyukur..bersyukurlah atas segala nikmat Allah..insyaAllah..lebih ganjaran akan kita perolehi..

mungkin ada di antara kita mendapat kos yg x disangka..mungkin ada di antara kita mendapat universiti yg lokasinya agak jauh..kita sedikit kecewa..tapi..pernahkah kita menyelami perasaan rakan2 kita di luar sana yg tidak mendapat tempat langsung di ipta? tidak berpeluang langsung utk melanjutkn pelajaran kerana masalah2 tertentu..? pernahkah kita berfikir? pernahkah?

banyakkan berfikiran positif..yakin pada diri sendiri..ada usaha, adalah kejayaan..



renung2kan dan selamat beramal..hehe

p/s: wah2..cam wat skrip pidato lak rasenye..post pertama dlm bahasa melayu! bahasa jiwa bangsa kan.. :))

 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...