Sunday, November 27, 2011

Hati Seorang Perempuan

assalamualaikum dan salam sejahtera..




amboi2 tajuk..tak pernah aku nak buat pengakuan sebegini rupe..haha..aku memang da lame nak luahkan bende ni..tapi tak reti nak merangke ayat yang sesuai..(yela..aku tak reti bermadah cam ko :p) sekali petang lepas ko call aku tadi, aku blogwalking..sekali terjumpe artikel ni..menarik..jadi aku copy dan paste..tengok aku jujur..aku cakap kalo aku copy and paste orang punye artikel..haha..ayat tak boleh bla..sumber asal di sini :)



Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam senyap.. Menangis dia dalam hatinya..
Deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir..Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu..
Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya..
Dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga-bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..
Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras-keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya..
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari kamu semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. Jika kamu bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..

hohoho..begitulah sedikit sebanyak perkongsian arini..ok la..nak makan tomyam ayam kat kedai luar USM ni..semoge kite berjumpe lagi dalam post seterusnye..salam :D

p/s: penjual bunge, anda kene bace.. HAHA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...