Sunday, April 15, 2012

Hati Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semue pembace..terime kasih atas kesudian membace post kali ini..*aduh..sekema sungguh* haha..

dalam kesuraman waktu petang di usm yang indah ini, tibe2 aku terpanggil untuk membincangkan hal ini..*mulelah ayat merepek aku*

hati ibu..

kadang2 kita tak perasan yang pertuturan kita, perlakuan kita, atau ape sahaje yg kita lakukan memberi kesan di dalam hati seorang ibu..

pernahkah kita terfikir? dalam kita memenuhi kehendak hati kita, kita mungkin menyinggung hati ibu?
pernahkah?

ternyata konsep "kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak" kelihatan benar..
untuk memenuhi kehendak diri, hati ibu diguris..
berbaloikah?
berkatkah?

baru2 ini berlakunya satu peristiwa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan di sini..
mana tahu boleh dibuat pedoman oleh pembaca sekalian..

saya mempunyai seorang kawan..kawan lelaki (A)..dan tak lama lagi cuti pertengahan semester di universiti akan tiba..beliau mempunyai seseorang yang boleh dikatakan kekasih(B)..B terasa tidak mahu pulang ke kampung halamannya dahulu kerana terpaksa menyelesaikan kerja yang menimbun2..budak sains..macam ni lah gayenye..A terase kesian kat B sebab ramai pelajar yg pulang pada cuti ini..lalu dia memutuskan untuk memberitahu ibunya

"mak, saya tak balik kot cuti ni..nak teman B sebab dia tak balik..kesian dia sorang2.."

jika anda jadi ibunya, apa yang anda rasa?
kecewa?
sedih?
jika saya menjadi ibunya, saya akan berasa sedih dan kecewa kerana anak saya lebih mementingkan seseorang yang tiada ikatan berbanding ibunya sendiri..

perkara ini mungkin kelihatannya kecil sahaja..
tapi impaknya besar..
sama ada kita perasan atau tidak sahaja..

kenapa saya katakan impaknya besar?
mari kita ikuti sambungan kisahnye..

tidak lama selepas A memberitahu ibunya, A mendapat panggilan dari ibunya..

" mak tak nak kau ada ikatan dengan sesiapapun buat masa ini.."

ok..nampak? 
si ibu menyangka B telah control anaknya..
dan memandang serong pada B..
apa impaknya pada B?
B mesti tak puas ati sebab die cam disalahkan atas ape yg berlaku..
A?
A terkejut..kecewa..namun sebagai anak, terpaksa menurut kemahuan ibunya..

jadi, pengajarannya di sini, berhati2 dlm bertutur..kalau tak menyinggung hati ibu..
ok kawan2?

chill~
sekian..^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...